Rabu, 13 Ogos 2014

Entri Pengenalan Diri (Munirah Binti Mohd Yusoff)

Salam ukhuwah pembuka kata buat semua.

Alhamdulillah, walaupun masih berdingkit-dingkit dan di dalam proses pembelajaran menguasai bidang perniagaan di alam maya, terhasil juga blog mengenai diri ini. Telah 4 tahun melayari bahtera rumahtangga. Dikurniakan seorang suami yang sentiasa menjadi peneman sepi yang menerima diri ini apa adanya. Alhamdulillah, kami dikurniakan seorang putera yang selalu ketawa ceria dan seorang puteri yang mendamaikan jiwa.

Saya mendapat didikan Sekolah Menengah di SMK Padang Midin bermula pada tahun 19988 hingga 2003 dan merupakan Granduan daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dalam bidang Pendidikan Seni. Telah 5 tahun bergelar sebagai seorang pendidik. Sekarang merupakan seorang Guru Seni di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu.

Minat dalam bidang perniagaan telah lama wujud dalam diri ini. Sangat meminati Koleksi Fesyen Muslimah yang santun tetapi anggun. Mula aktif dalam bidang perniagaan secara online dengan menjual perbagai jenis baju, dress dan asesori ketika cuti bersalin anak ke-2. Memula langkah dengan medium facebook sebagai sumber utama dalam berniaga. Alhamdulillah rezeki makin bertambah dan semangat pun makin kuat. Walaupun suami jauh di mata kerana berkerja di Selangor, anak - anak adalah sumber inspirasi diri untuk lebih positif.

InsyaAllah. Harapan setinggi gunung, secerah mentari, moga diri ini diterima di kalangan semua blogger dan pembaca. Serendah hati yang tulus juga, tunjuk ajar, pengalaman, andai dapat dikongsi bersama, merupakan anugerah terindah dan bermakna buat diri ini.Akhir kata, sudi-sudikanlah menjenguk barang seminit cuma, facebook "Munirah Mohd Yusoff @ Fanpages "Munirah online Butik" dan blog "Munirah online Butik", hasil garapan tulus ikhlas dari diri ini.

Salam kasih sayang. Assalammualaikum.