Jumaat, 12 September 2014

Produk Perniagaan 'Munirah online Butik'

Assalamualaikum dan Selamat Petang,

Terima kasih kepada anda semua kerana sudi melawat blog ini. Entri kali ini saya memilih untuk mengulas lebih lanjut tentang produk perniagaan saya yang saya jalankan sebelum ini secara online menerusi Facebook ' Munirah Mohd Yusoff' dan  Fanpages 'Munirah online Butik'. Terima kasih saya ucapkan kepada pelanggan - pelanggan saya yang jauh di mata tetapi selalu dekat di hati kerana sudi berurus niaga dengan saya dan tidak di lupakan juga ucapan terima kasih kerana 'Sifu' saya Puan Zaila Mohamad di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar untuk menerbitkan sebuah 'Blog Perniagaan' yang diberi nama 'Munirah online Butik'.

  'Perniagaan yang terbaik adalah perniagaan yang kita SUKA dan SERONOK jalankan serta MENGUNTUNGKAN dunia akhirat.'
 
Kata - kata motivasi di atas saya petik daripada Dr . Azizan Osman. Apakah yang dimaksudkan dengan busana Muslimah? Busana Muslimah adalah pakaian untuk wanita Islam yang mempunyai ciri-ciri menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syariat. Tentu anda tertanya-tanya, apakah perbezaan antara busana Melayu dengan busana Muslimah?
 
Berikut adalah antara ciri-ciri busana Muslimah iaitu pakaian tersebut haruslah menutupi seluruh tubuh kecuali muka dan telapak tangan. Pakaian tersebut tidak nipis atau tidak jarang sehingga dapat menampakkan bentuk tubuh wanita tersebut' Pakaian itu tidak ketat atau sempit tetapi longgar dan selesa dan pakaian tersebut tidak menyerupai atau meniru-niru pakaian lelaki atau pakaian mereka yang bukan beragama Islam.
 
Hidup kita dan penggunaan internet pada hari ini telah berubah tanpa kita sedari. Oleh kerana saya seorang guru yang sangat meminati bidang perniagaan, saya telah mengambil keputusan untuk tidak melepaskan peluang untuk berniaga secara online. Jika dahulunya tidak pernah terfikir untuk membeli dan ragu-ragu tentang keselamatan apabila melakukan pembayaran secara dalam talian, namun kini kuasa pengguna telah berubah. Pengguna kini lebih cenderung untuk melayari, melakukan urus niaga dan membuat transaksi pembayaran dengan penjual-penjual yang terdapat dalam talian.
 
Semoga Allah mempermudahkan segala usaha saya ini. Impian saya, suatu hari nanti mampu menjadi seperti kebanyakan butik busana Muslimah ini yang juga menggunakan pendekatan laman web untuk urus niaga dalam talian mereka, contohnya seperti butik Najjah dan Hajaba, syarikat Sugarscarf, Radiusite, Hayfaa Couture dan Al-Humaira Contemporary masing-masing mempunyai laman web dan akaun Facebook mereka sendiri.
 
Bagi mereka yang berkerjaya seperti saya, kesibukan bekerja merupakan satu sebab mengapa saya lebih gemar melakukan pembelian dalam talian. Tetapi minat berniaga secara online mula bercambah apabila saya memahami konsep 'Dropship'. Oleh itu saya telah mula menjual barang seperti dress, beg tangan, skirt dan baju kanak - kanak melalui Facebook 'Munirah Mohd Yusoff', Fanpages 'Munirah online Butik' dan sekarang baru berjinak - jinak melalui medium Blog 'Munirah online Butik'. Alhamdulillah.
 
Semoga perniagaan 'Butik Online' saya akan terus maju. Doakan untuk saya ye.
 
perniagaan-busana-muslimah-menjanjikan-keuntungan.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan